Sama seperti Rachel Yeoh, Sharul juga akan menjadi gimnas lelaki tunggal negara yang akan bersaing dalam temasya berkenaan.
Selain acara kegemarannya itu, Sharul juga akan beraksi dalam acara senaman lantai dan kekuda berpelana.
"Setakat ini, saya sudah bersedia secara mental kerana saya akan bersaing seorang diri di sana," katanya kepada Nadi Arena.
"Acara kegemaran saya adalah melombol dan saya mahu melakukan yang terbaik kerana jika saya dapat melakukannya, saya mampu untuk mencapai sesuatu."
Sebagai rekod, Sharul memenangi pingat gangsa acara kekuda berpelana dalam Sukan SEA Hanoi 2021 pada Mei lalu.
Muhammad Sharul Aimy sasar ke final dalam acara kegemarannya iaitu acara melombol @sharulaimy pic.twitter.com/jL7ZVMoe8P
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 11, 2022