Pilihan utama acara powerlifting yang juga pembawa bendera Sukan Komanwel Birmingham, Bonnie Bunyau, enggan meletak risiko ke atas dirinya.

Atlet itu mampu membuat angkatan seberat 230 kilogram, namun di fasa akhir sebelum ke Birmingham, Bonnie memilih angkatan tidak melebihi 220kg.

Ia ekoran kecederaan bahu yang dialami sejak sebulan lalu.

Menjadi taruhan tunggal negara di Birmingham nanti selepas rakan senegara, Jong Yee Khee terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan, Bonnie enggan tertekan selain merasai kelainan dalam temasya kali ini.