Sabah Rhino tiada masalah untuk merakamkan kemenangan kedua Sooka Super Series Volleyball Malaysia 2022 apabila menjinakkan Johor Tiger.

Selepas mudah mengetepikan cabaran Sarawak Hornbill, mereka yang menerima suntikan pemain import daripada Thailand iaitu Konhan Amorntep, Pinkaew Prasert dan Nuwaddee Kittithad, Sabah tetap dituntut untuk bekerja keras dalam pertembungan di Dewan Besar Tanjung MBSA, Shah Alam itu.

Mereka berdepan tentangan sengit dalam set pertama, tetapi selepas itu, Sabah menguasai permainan menerusi hadangan dan 'spike' yang lebih berkesan untuk kemenangan 27-19..

Johor cuba mengatur langkah lebih agresif dan banyak berikan kesukaran tetapi 'setter', Adrian Tan, memainkan peranan penting untuk mengimbangkan situasi.

Dan ketika kedudukan terikat 24-24, Sabah mempertaruhkan 'powercard' sebelum Amorntep mengesahkan kemenangan 29-24.

Sabah kemudian tidak mampu lagi dikekang dan selepas bertarung hampir 1 jam 15 minit, Sabah memastikan kemenangan 25-21 sekali gus menjadi kekalahan kedua buat Johor dalam kempen ini.




Selangor Lion turut bergaya apabila mudah mengatasi Kuala Lumpur Shark 3-0, sebentar tadi.