Skuad bola jaring kebangsaan intai slot Piala Dunia

Shaiful Shamsudin
Ogos 27, 2022 23:26 MYT
Skuad bola jaring giat mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Asia 2022 di OCBA Arena, Singapura, Sabtu depan.
Sebagai persiapan fasa akhir mengharungi kejohanan yang menawarkan kelayakan merit ke Piala Dunia tahun depan buat finalis, mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan MK Tigers di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
"Kami dalam sesi memanas badan untuk mencuba pendekatan yang sesuai dalam Kejohanan Asia yang sesuai dengan kami.
"Perlawanan petang ini memberi kesempatan kepada kami untuk mengetengahkan hasil latihan kami," kata ketua pasukan, Nur Syafazliyana Ali, hari ini.

Skuad negara adaptasikan perlawanan persahabatan untuk dibawa ke Kejohanan Asia di Singapura pic.twitter.com/znDantetGi

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam perlawanan hari ini kami cuba jelmakan hasil latihan.
"Kami akan biasakan dulu dengan taktikal ini dan esok kami akan bertemu pasukan lelaki pula, jadi ia lebih mencabar," kata Pemain Paling Berharga (MVP) Sooka Netball Super League (NSL) 2022, Nordiyanah Noor Sabadinee.
Malaysia akan menghadapi Brunei dan Taiwan selain dijangka berdepan rintangan Sri Lanka dalam pusingan kedua.
#Bola Jaring #Sooka NSL