EURO 2024
Separuh masa EURO 2024: Lamine Yamal, Dani Olmo buat Kyllian Mbappe tak senang duduk
SEPANYOL 2 PERANCIS 1
Juara Euro 2012, Sepanyol, bermula garang apabila melaksanakan kebangkitan dalam masa lima minit untuk berada di hadapan sebelum menuju ke bilik persalinan pada separuh masa di Allianz Arena, Munich, ketika ini.
Seawal minit kesembilan permainan, penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kolo Muani, terlebih dahulu memberikan gol pendahuluan buat Perancis menerusi hantaran daripada pemain terbaru Real Madrid, Kyllian Mbappe.
Iklan
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 9, 2024Tersentak dengan itu, pemain muda sensasi La Roja, Lamine Yamal, menggegar atmosfera stadium tersebut melalui lencongan kaki kirinya yang menewaskan penjaga gol, Mike Maignan, untuk mengimbangi cabaran daripada Perancis.
Kegembiraan tersebut diteruskan oleh pemain dari RB Leipzig, Dani Olmo, yang menggandakan kelebihan buat anak-anak buah Luis de la Fuente berselang lima minit kemudian untuk meletakkan Sepanyol selesa di depan sebelum wisel penamat dibunyikan.Lamine Yamal, at just 16 years and 362 days old, makes his mark as the youngest ever goal scorer at a major international tournament, surpassing the legendary Pelé's record set at the 1958 World Cup (17y 239d vs Wales ) #euro2024 #espfra pic.twitter.com/CEHo7MgKij— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) July 9, 2024
Must-Watch Video