EURO 2024
Rudiger gesa Jerman tiru aura Real Madrid pada Euro 2024
Pertahanan Jerman, Antonio Rudiger, mahu menggunakan pengalamannya ketika bersama Real Madrid untuk membantu skuad Jerman bimbingan Julian Nagelsmann dalam kejohanan Euro 2024.
Pasangan serasi Jerman, Toni Kroos dan Rudiger juga membantu Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ke-15 Sabtu lepas, menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di perlawanan akhir.
Kegemilangan itu menambah kejayaan LaLiga musim ini untuk Los Blancos, yang terus berkuasa memenangi gelaran itu di bawah bimbingan jurulatih veteran Carlo Ancelotti.
Dengan perlawanan pembukaan Euro 2024 Jerman menentang Scotland kurang dua minggu lagi, Rudiger berharap dapat beraksi atas pengalaman bersama kelabnya.
“Ia adalah dua pasukan yang berbeza.
“Di sini kami mempunyai sistem yang sangat baik -- sesuai dengan permainan kami tetapi apa yang boleh kami bawa ialah aura mereka.
"Perlawanan terakhir kami menentang Ukraine adalah sangat bagus," kata Rudiger.
Jerman sebelum ini banyak mensia-siakan peluang ketika bertemu Ukraine yang berakhir dengan keputusan seri 0-0, menghasilkan prestasi yang sama seperti mereka tersingkir di peringkat kumpulan berturut-turut pada Piala Dunia 2018 dan empat tahun kemudian.
Mereka bakal menentang Greece awal pagi Sabtu ini, untuk perlawanan pemanas badan terakhir sebelum kejohanan berprestij itu, di mana mereka bakal bertemu Scotland, Hungary dan Switzerland dalam Kumpulan A.
"Harapan yang diletakkan di negara kita sendiri sangat besar.
"Kami mempunyai ujian terakhir yang penting Sabtu ini dan penting untuk keyakinan kami.
"Kita perlu merendah diri. Kita semua tahu apa yang berlaku dalam kejohanan lalu. Perjalanan untuk ke sini ada pasang surut.
"Apa yang penting ialah bermain dalam perlawanan pertama dengan sangat baik dan kemudian kekalkan untuk baki perlawanan."