England akan turun menentang Wales dalam Kejohanan Ragbi Enam Negara hujung minggu ini tanpa pemain tengah, Manu Tuilagi, gara-gara kecederaan paha.

Tuiligi sepatutnya dapat kembali diturunkan dalam perlawanan di Twickenham itu dan disahkan berada dalam barisan pemain Eddie Jones.

Bagaimanapun, England berdepan tamparan besar apabila hasil ujian imbasan selepas latihan mendapati pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan hamstring.

England telah memanggil semula Joe Marchant, yang dijangka akan menyertai sesi latihan pasukan itu hari ini.

Bagaimanapun, senarai terkini barisan pemain hanya akan diumumkan sehari sebelum perlawanan itu.

Tuilagi sebelum ini berada dalam perancangan Jones untuk diletakkan berpasangan dengan Henry Slade di bahagian tengah pasukan itu, yang bangkit daripada kekalahan kepada Scotland dalam perlawanan pertama dengan menewaskan Itali dalam perlawanan sebelum ini.

Dia telah mewakili England sebanyak 46 kali sejak melakukan penampilan pertama pada 2011.