Tonggak Perancis, Antoine Dupont, telah pulih daripada coronavirus tepat pada masanya untuk menjadi kapten Les Bleus dalam aksi pembukaan saingan Enam Negara menentang Itali esok.
Pemain Ragbi Terbaik Dunia, Dupont, telah menarik diri daripada skuad awal negaranya untuk Kejohanan setelah diuji positif, namun dia kini dibenarkan kembali untuk perlawanan pertama.
Pemain yang bertindak kapten dalam ketiadaan Charles Ollivon, merupakan Pemain Terbaik Kejuaraan 2020 dan sekali lagi membintangi musim 2021 ketika mereka menghampiri gelaran, mendahului saingan dengan lima bantuan try.
Empat daripadanya terhasil ketika bertemu Itali, menjadi pemain pertama melakukannya dalam satu perlawanan bagi sejarah Enam Negara.
Ammar Hakim
Sat Feb 05 2022