Skip to main content

Olimpik

Pochettino tegaskan khabar angin Messi tidak ganggu aksi PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mauricio-pochettino_.jpg
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino, menegaskan bahawa pemainnya tidak terganggu dengan khabar angin Lionel Messi menjelang kemenangan 2-1 ke atas Troyes semalam.

PSG memulakan saingan Ligue 1 dengan bangkit daripada ketinggalan selepas kemenangan terhasil menerusi jaringan Achraf Hakimi dan Mauro Icardi.

The Parisians kini kuat dikaitkan dengan Lionel Messi sejak beberapa hari lalu selepas Barcelona mengesahkan tidak lagi bersam bintang itu namun Pochettino menegaskan ia tidak memberikan impak kepada persembahan pasukannya.

"Tidak, saya rasa tidak, para pemain dan pasukan fokus sepanjang perlawanan," kata Pochettino pada sidang media pasca permainan. "Mereka adalah pemain profesional.

"Namanya dikaitkan dengan kelab yang berbeza, ada banyak khabar angin, tetapi para pemain tetap komited, berita ini akan terus ada sehingga tamat jendela perpindahan.

"Kami akan melihat apa yang akan terjadi dalam beberapa hari akan datang."

Pochettino mengakui itu ia permainan 'sukar' bagi PSG, yang meletak sasaran untuk merebut kembali gelaran Ligue 1 setelah tewas kepada Lille musim lalu.

"Ini adalah pertemuan yang sangat sukar, kami tidak bermula dengan baik," katanya. "Kami dibolosi awal, kami harus melakukan dengan lebih baik. Kami mengakui terlalu banyak peluang gagal disempurnakan.

"Terdapat beberapa perkara yang kurang baik tetapi secara keseluruhan saya berpuas hati. Penting bagi kami untuk meraih tiga mata dan bermula dengan langkah kanan.

"Kami harus memberi pujian kepada Troyes yang menjadikan perlawanan sukar untuk kami. Saya berharap lebih baik, tetapi lawan menunjukkan kemampuan sepanjang perlawanan."

PSG kembali berakhir Sabtu depan bertemu Strasbourg.
   

Advertisement

Must Watch Video