Skip to main content

Bola Sepak

Perancis pertahan keputusan UEFA tangguh Euro 2020

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

francecropped_gy7ihrqd23ej1iyp8i4ldysu8.jpg
Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet, menyifatkan keputusan UEFA menangguhkan saingan Euro 2020 selama setahun ekoran wabak COVID-19 sebagai sesuatu yang bijak dan tepat.

Susulan persidangan video melibatkan 55 ahli badan itu semalam, UEFA mengesahkan keputusan untuk menangguhkan Euro 2020 kepada tarikh 11 Jun 2021.

Penangguhan itu memberikan lanjutan masa untuk saingan liga domestik dalam Eropah -- untuk ditamatkan jika boleh -- selepas hampir kesemuanya ditangguhkan buat sementara akibat COVID-19.

"Pihak FFF menyokong penuh keputusan UEFA untuk menangguhkan Euro 2020 kepada 11 Jun 2021 dan demmi menyesuaikan format saingan Eropah itu," kata Le Graet.

"Aksi antarabangsa yang dirancang dalam bulan ini termasuk dua perlawanan melibatkan skuad kebangsaan Perancis pada 27 dan 31 Mac di Stade de France juga berkemungkinan ditangguhkan Jun depan.

"Keputusan tepat dan bijak oleh UEFA itu membolehkan usaha menangani wabak coronavirus diselaraskan sambil memberikan ruang untuk saingan profesional dan amatur dilanjutkan sehingga Jun depan.

"Semua pilihan akan dipertimbangkan dalam usaha memastikan ia berjalan lancar. Keutamaan FFF adalah mendapatkan keputusan terbaik dengan mengumpulkan semua pemain bola sepak, menghormati sukan serta mengehadkan kesan wabak itu.

"Dunia bola sepak perlu bersatu, bertanggungjawab serta menjadi contoh."


Saingan bola sepak di Perancis ditangguhkan sehingga tarikh yang belum diumumkan termasuk saingan Piala Liga Perancis yang sepatutnya dijadualkan 4 April depan tetapi turut menjalani proses penangguhan.

Minggu lalu, COVID-19 disahkan sebagai satu wabak dan telah dihidapi oleh sekitar 189,000 orang sejak mula muncul di China, hujung tahun lalu.

Perancis telah mengesahkan sebanyak 6,633 kes wabak itu.
 

Advertisement

Must Watch Video