Olimpik Musim Sejuk: Noel atasi tekanan sebelum tamat penantian pingat emas buat Perancis
Ammar Hakim
Februari 17, 2022 11:34 MYT
Februari 17, 2022 11:34 MYT
Clement Noel berada di alam mimpi selepas mengatasi tekanan untuk menamatkan penantian 16 tahun Perancis untuk pingat emas Olimpik ski Alpine semalam.
Percubaan kedua yang cemerlang menyaksikan dia merekodkan 49.79 saat untuk melakar gelaran slalom lelaki di Beijing.
Noel menamatkan saingan di tempat keempat di PyeongChang empat tahun lalu, tetapi dia mengambil langkah teratas bagi edisi kali ini.
Atlet berusia 24 tahun itu berada di tempat keenam selepas percubaan pembukaannya sebelum meraih emas dengan jurang besar 0.61 saat ke atas pencabar terdekat, AustrJohannes Strolz, dengan Sebastian Foss-Solevaag meraih gangsa untuk Norway.
Sejak Antoine Deneriaz merangkul kejuaraan menuruni bukit lelaki di Sukan Turin 2006, Perancis tidak memenangi pingat emas ski Alpine Olimpik sebelum Noel berjaya di pentas besar.
Dia berkata: "Sukan Olimpik sentiasa memberi tekanan, ia dilangsungkan empat tahun sekali. Anda mempunyai satu perlumbaan, sekitar satu minit dan 40 saat hanya untuk membuktikannya dan menunjukkan ski terbaik anda jadi pasti ia memberi tekanan.
"Saya agak pantas dalam latihan beberapa hari lepas, saya mempunyai perasaan yang baik, jauh lebih baik berbanding Januari. Itu juga menyemarakkan saya untuk perlumbaan ini hari ini. Saya tahu bahawa saya suka salji. Saya cukup yakin, ia tidak sama dengan perlumbaan Piala Dunia.
"Semua orang akan berusaha keras untuk Sukan Olimpik dan saya terpaksa melakukan ini juga tanpa bertanya terlalu banyak soalan kepada diri sendiri."
Dia menambah: "Ia adalah matlamat bagi saya untuk kembali ke Perancis dengan pingat. Saya tahu bahawa saya boleh melakukan ini, tetapi ia sentiasa sukar untuk melakukannya pada saat yang paling penting, jadi [saya] sangat gembira untuk menguruskan tekanan itu dan melakukannya dengan baik, terutamanya pada percubaan kedua."
After two strong runs, @clement__noel claims the ? to become the new Olympic slalom champion ?#fisalpine #beijing2022 #olympics pic.twitter.com/DgxGZM0bqx
— FIS Alpine (@fisalpine) February 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.