LeBron James mendedahkan kekecewaannya untuk melihat Anthony Davis mengalami kecederaan buku lali semasa Los Angeles Lakers menang ke atas Utah Jazz tetapi berharap rakan sepasukannya dapat kembali pulih dalam kadar segera.

Davis dilaporkan bakal diketepikan selama dua minggu selepas mengalami kecederaan buku lali yang disyaki terseliuh dalam kemenangan Lakers 106-101 Rabu lalu.

Penyerang itu meninggalkan Crypto.com Arena dengan bertongkat dan akan menjalani imbasan MRI semalam.

James, yang menjaringkan 33 mata tertinggi pasukan, berkata, "Jelas sekali ia amat mengecewakan melihat AD mengalami kecederaan.

"Saya harap dia baik-baik saja. Jelas sekali, maksud saya, saya tahu dia tidak berada dalam kondisi yang baik, tetapi jelas sekali kesihatannya adalah yang paling penting untuknya secara individu, untuk kelab kami.

"Saya telah melihat [kecederaan] terlalu banyak kali, jelas sekali. Jadi saya hanya mendoakan yang terbaik untuknya."