Mun Yee berpotensi latih pasukan terjun kebangsaan

Shaiful Shamsudin
September 22, 2021 20:48 MYT
Penerjun negara, Leong Mun Yee, mengakui rundingan untuk melantiknya sebagai jurulatih kebangsaan sudah bermula dengan gambaran lebih jelas akan diketahui Isnin depan.
Perkembangan itu hadir berikutan spekulasi dua jurulatih akan meninggalkan skuad negara dalam masa terdekat.
Usaha mendapatkan khidmat Mun Yee dianggap hadir tepat pada masanya.
Penerjun berusia 37 tahun itu sedang menunggu masa untuk mengumumkan persaraan ekoran pembatalan siri dunia di China yang sepatutnya jadi kejohanan terakhir tahun ini.
Malah jurulatih negara, Christian Brooker dan Yang Zhuliang, dikhabarkan akan meninggalkan Malaysia selepas kontrak tidak disambung.
Ia menyaksikan hanya Li Rui akan kekal bersama skuad negara sekali gus memerlukan jurulatih tambahan.
"Buat masa ini pasukan kebangsaan tetap berlatih cuma tidak begitu intensif seperti sebelum ini.
"Jadi saya perlu mengekalkan kecergasan sehabis baik.
"Ketika ini jurulatih tidak cukup, jadi dalam masa sama saya harap dapat tolong apa yang patut.
"Kami kekurangan jurulatih elit. Kami dapat tahu keputusan ini (pengguguran jurulatih) dengan tiba-tiba.
"Kami akan menghadapi Sukan SEA dan Sukan Komanwel jadi saya berharap akan ada program yang bagus (untuk atlet)," kata pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2019 kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, hari ini.
#Terjun
;