MPFL

MPFL: PDRM nyalakan harapan ke Piala Futsal Malaysia

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
11/03/2022
12:52 MYT
Sponsor Banner
MPFL: PDRM nyalakan harapan ke Piala Futsal Malaysia
PDRM 8 KELANTAN 2
Pasukan tuan rumah, PDRM, membelasah TRW Kelantan 8-2 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam, sebentar tadi untuk menghangatkan lagi perebutan empat baki tiket ke Piala Futsal Malaysia 2022.
Dalam sirkit terakhir aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2022 minggu ini, PDRM mendahului permainan seawal minit ke-6 hasil hantaran Afif Najmi Izwan Jaya Seelan untuk Ridhwan Jalil melakukan satu tolak mudah.
PDRM tak mengambil masa yang lama untuk menggandakan jaringan dan kali ini menerusi rembatan Dick Cheny Waili hasil umpanan cantik daripada Fazli Azizan.
Kelantan terus dilanda duka apabila PDRM meledak jaringan ketiga menerusi sentuhan penyudah Faisal Saharudin untuk menjadikan kedudukan lebih selesa buat Sang Saka Biru dalam separuh masa pertama.
Kelantan cuba bangkit sejurus selepas rehat apabila meledak gol pertama menerusi Asmie Amir tetapi semakin tersepit dengan gol empat lawan melalui penyudah sempurna Ridhwan!
Perlawanan semakin rancak apabila Kelantan membalas jaringan itu dengan gol kedua mereka hasil kesilapan mudah PDRM.
Tapi ia hanya menyemarakkan PDRM yang menduduki tangga keenam MPFL dengan menokok empat jaringan lagi selepas itu dan salah satunya gol hatrik Ridhwan.
Sementara itu, Terengganu juga masih mengintai tempat ke peringkat Piala Futsal Malaysia apabila menjinakkan pasukan yang berada di zon bawahan, Kuala Lumpur, 6-2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video