Moto3: Damok puas prestasi bertambah baik

Ammar Hakim
April 29, 2023 17:42 MYT
Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman, mengakui dia berpuas hati dengan sesi latihan bebas di Litar Jerez, Sepanyol.
Lebih menggembirakan pelumba yang dipanggil Damok, adalah prestasinya bertambah baik di setiap perlumbaan, di samping mendapat sokongan penuh daripada pasukannya.
Damok turut berharap dapat mempamerkan tunggangan terbaik dalam perlumbaan utama, sekaligus menambah pungutan mata musim ini.
Selepas tiga pusingan, Damok kini menghuni kedudukan ke-20 pelumba, dengan kutipan lima mata.
"Saya sangat gembira kerana berjaya menampilkan perkembangan sejak perlumbaan sebelum ini dan berharap untuk melakukan yang terbaik dalam saingan akan datang," kata Damok.

#Moto3 | ? “Saya ada buat improvement daripada segi jentera & diri saya.” Damok berkongsi komen sikit tentang prestasinya setakat ini & juga litar Jerez. Jangan ketinggalan #SpanishGP LIVE di app SPOTV NOW minggu ini! #MotoGP pic.twitter.com/Iu1l7IVRJn

— SPOTV Malaysia (@SPOTVMY) April 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#motoGP #moto3 #Damok
;