Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman, mengakui dia berpuas hati dengan sesi latihan bebas di Litar Jerez, Sepanyol.

Lebih menggembirakan pelumba yang dipanggil Damok, adalah prestasinya bertambah baik di setiap perlumbaan, di samping mendapat sokongan penuh daripada pasukannya.

Damok turut berharap dapat mempamerkan tunggangan terbaik dalam perlumbaan utama, sekaligus menambah pungutan mata musim ini.

Selepas tiga pusingan, Damok kini menghuni kedudukan ke-20 pelumba, dengan kutipan lima mata.

"Saya sangat gembira kerana berjaya menampilkan perkembangan sejak perlumbaan sebelum ini dan berharap untuk melakukan yang terbaik dalam saingan akan datang," kata Damok.