Misi hidup mati Adli di Kota Singa
Ammar Hakim
April 20, 2023 21:32 MYT
April 20, 2023 21:32 MYT
Di kala atlet negara dalam persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri -- namun perkara itu tidak dapat dinikmati sepenuhnya petinju profesional, Adli Hafidz Mohd Pauzi yang dalam persiapan akhir menuju pertembungan super middleweight menentang Bambang Rusiadi 29 April hadapan.
Pertembungan yang dijadual berlangsung di Singapura itu menjadi platform terbaik buat peninju berusia 34 tahun itu, mencabar tali pinggang Kejuaraan WBC Asia Silver -- jika memenanginya.
"Ini merupakan perlawanan yang penting dan mandatori bagi ia membantu untuk melebarkan rekod kemenangan sekaligus layak mencabar gelaran," kata Adli.
Sementara itu, Adli yang mencari kemenangan ke-12 peribadi di pentas profesional berkingsi dengan wartawan karl nunis, untuk bersara daripada sukan tinju sepenuh masa jika tewas kepada lawan dari Indonesia itu.
Ianya atas faktor usia dan prestasi dirinya yang sudah melepasi tahap terbaik di samping kesuntukkan masa untuk kembali memperbaiki ranking.
"Saya tidak memiliki pilihan lain, sekiranya saya tewas dalam perlawanan ini, persaraan akan menjadi jalan buat saya," kata Adli.
"Sebagai petinju, saya sudah mengetahui kemampuan diri sendiri dan sebarang keputusan akan dilakukan berdasarkan keputusan perlawanan ini."