Skip to main content

Bola Sepak

Mikel Oyarzabal bakal jadi pemain penting buat Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oyarzabal.jpg
Pemain sayap Real Sociedad, Mikel Oyarzabal, secara rasmi mengesahkan dirinya sebagai salah seorang pemain Sepanyol untuk ke kejohanan Euro 2024 selepas menjaringkan hatrik susulan kemenangan besar ke atas Andorra, awal pagi tadi.

Sebagai rekod, Oyarzabal menjadi pemain kedua berjaya melakar hatrik selepas penyerang utama, Alvaro Morata, di bawah kendalian jurulatih baru mereka. 

Pemain berusia 27 tahun itu, melengkapkan jaringan ketiganya sebelum bekas pemain Manchester City, Ferran Torres, menyumbat gol kemenangan buat skuad La Roja. 
 
Selepas ini, pasukan bimbingan Luis de la Fuente itu akan berdepan Ireland Utara sebagai aksi terakhir pemanas badan perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum mengharungi kejohanan berprestij, Euro 2024.

Advertisement

Must Watch Video