Mesyuarat penilaian MSN: Skuad Ping Pong sudah capai sasaran

Penulis Jemputan
Februari 27, 2020 14:43 MYT
Mesyuarat penilaian semula Sukan SEA Filipina 2019 di Bukit Jalil hari ini menyaksikan Majlis Sukan Negara (MSN) berpuas hati dengan pencapaian skuad ping pong negara biarpun mereka hanya membawa pulang dua pingat gangsa.
Kapten skuad negara, Ashraf Haiqal Rizal, mendedahkan bahawa pasukannya sudah melangkaui sasaran yang ditetapkan badan induk itu dalam temasya berkenaan.
"Berdasarkan mesyuarat hari ini, skuad ping pong negara sudahpun melangkaui sasaran yang ditetapkan.
"Sebagai ketua pasukan, saya berasakan kami sedang berada di landasan tepat untuk menghadapi Sukan SEA dan Sukan Komanwel yang akan datang.
"Kami memerlukan latihan dan kejohanan yang lebih berkualiti untuk mempersiapkan diri.
"Itulah permintaan kami kepada MSN," katanya.
#Ping Pong #Sukan SEA Filipina
;