LHM: Kurang penglibatan pasukan bakal beri kesan jangka masa panjang

Ammar Hakim
Februari 3, 2022 18:30 MYT
Bekas pemain negara, Nor Saiful Zaini, menyifatkan senario saban tahun membabitkan penarikan pasukan daripada saingan Liga Hoki Malaysia adalah sesuatu yang tidak sihat dan bakal memberi kesan jangka panjang.
Untuk satu ketika, LHM pernah mencatatkan penyertaan sehingga 18 pasukan.
Namun kini ia semakin berkurangan ke lapan pasukan sahaja, tanpa ada pembahagian divisyen.
Kesan paling mudah jika senario berterusan, Malaysia bakal kekurangan pemain berbakat dan menjejas persiapan skuad kebangsaan untuk saingan antarbangsa.
;