SUKAN LAIN
Latif Romly rayu tersenarai ke Sukan SEA Kemboja
Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, menyeru diberikan peluang untuk membarisi kontinjen olahraga negara ke Sukan SEA Kemboja berikutan melepasi had kelayakan menerusi lompatan sejauh, 7.67 meter ketika merangkul pingat emas Kejohanan Olahraga KL All Comers, semalam.
Biarpun sedar tempoh kelayakan temasya Mei depan itu sudah berakhir, tetapi memandangkan dua tugasan utamanya iaitu Kejohanan Dunia di Paris serta Sukan Para Asia Hangzhou penghujung tahun ini -- Latif berasakan pendedahan dalam temasya dwitahunan berkenaan akan digunakan sebaiknya.
Berdasarkan catatan yang dilakukan Latif, ia sudah memadai untuk meletakkannya di kedudukan podium sekiranya catatan Sukan SEA Hanoi menjadi ukuran.
Iklan
"Saya memang sasar ke Sukan SEA.
"Saya mencatat 7.67m daripada had kelayakan ditetapkan, 7.61m.
"Saya harapkan dapat ke Sukan SEA yang boleh bantu saya hadapi Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia," kata pemilik dua pingat emas lompat jauh (T20) Sukan Paralimpik itu.
Must-Watch Video