EURO 2024

Kylian Mbappe mahu tebus duka kekalahan Perancis ketika Piala Dunia 2022

Najmi Iman 06/06/2024 | 00:11 MYT
Pemain baru Real Madrid, Kylian Mbappe, memastikan juara Piala Dunia 2018, Perancis, berada dalam landasan terbaik menjelang sepak mula kejohanan Euro 2024 yang akan berlangsung pada 15 Jun ini.
Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu menjadi watak penting skuad kendalian Didier Deschamps susulan menyumbang dua bantuan jaringan selain menyumbat gol kemenangan pada minit ke-85 ketika berdepan Luxembourg di Stadium Saint-Symphorien, awal pagi tadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, pemain berusia 25 tahun itu sudah melakukan sebanyak 28 bantuan jaringan sekali gus mengatasi rekod legenda Perancis, Zinedine Zidane dan Thierry Henry.
#bola sepak #Kylian Mbappe #Perancis #Euro 2024
;