Daerah Kinta Utara menjuarai kejohanan Kids Athletics peringkat Negeri Perak 2018 sekaligus merangkul Piala Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim yang berlangsung di Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta hari ini.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah berkenan merasmikan kejohanan dengan diiringi penaung pengajuran, Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Hadir sama Isteri Menteri Besar Dr Nomee Asyikin Mohd Radzi dan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) Datuk Karim Ibrahim.

Menurut presiden KOAM kejohanan tersebut merupakan satu platform ke arah pembangunan sukan olahraga bagi melahirkan atlet yang cemerlang pada masa hadapan.

Kata Karim, "International Association of Athletics Federations (IAAF)adalah satu program pembangunan akar umbi terbesar dalam dunia olahraga yang dilaksanakan pada tahun 2005 serta telah menyaksikan penyertaan sekitar 13 juta kanak-kanak seluruh dunia.

Manakala bagi Kids Athletics ia telah dilancarkan pada tahun 2006 dan aktiviti dijalankan secara serentak diseluruh negara melibatkan penyertaan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Atlet terlibat juga mendapat kerjasama pihak Kementerian Pendidikan yang turut melaksanakannya dari peringkat sekolah rendah dan pra sekolah."ujarnya.

Pada kejohanan kali ini sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan antaranya 'Knee throw', 'forward Squat Jumps','Formula One' dan '8' Edurance Race.