Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama EURO 2024: Sepanyol kekal barisan pemain, Georgia taruh lima pertahanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

spain.jpg
Luis De La Funtes mengekalkan barisan sama dalam pertemuan berdepan Georgia dalam saingan pusingan 16 EURO 2024 di  Stadium Mungersdorfer, Cologne sebentar lagi.

Unai Simon kekal sebagai penjaga gawang utama Sepanyol bersama barisan pertahanan Marc Cucurella, Aymeric Laporte, Robin Le Normand dan Dani Carvajal.

 

Rodri, Pedri dan Fabian Ruiz juga kekal sebagai pemain yang akan menggerakkan jentera tengah Sepanyol di samping tiga pemain iaitu Lamine Yamal, Alvaro Morata, Nico Williams di bahagian serangan.

Georgia pula semestinya mengharapkan tonggak utama mereka, Khvicha Kvaratskhelia dan Mikautadze untuk menembusi gawang Sepanyol.

Selain menampilkan lima pemain pertahanan di bahagian pertahanan iaitu Luka Lochoshvili, Lasha Divali, Guram Kashia, Giorgi Gvelesiani dan Otar Kakabadze.





Untuk rekod, Sepanyol berjaya memenangi tujuh perlawanan berdepan Georgia dalam seluruh kejohanan sejak 2012.
 

Advertisement

Must Watch Video