Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro - Gavi alami kecederaan serius

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gavi-injured.jpg
Pemain tengah Sepanyol, Gavi alami kecederaan lutut yang teruk dalam aksi kelayakan Kejohanan Euro, dimana Sepanyol menang 3-1 ke atas Georgia.

Gavi, pemain utama buat kelab dan skuad kebangsaannya dengan, 27 kaps untuk Sepanyol dan 111 kemunculan buat Barcelona, terpaksa menarik diri akibat kecederaan selepas dibentes oleh Luka Lochoshvili.

Dalam perlawanan itu, tidak sampai lima minit sepak mula, pemain pertahanan Real Sociedad, Robin Le Normand sempurnakan hantaran Ferran Torres untuk gol pertama Sepanyol.

Enam minit selepas itu, pemain Georgia Khvicha Kvaratskhelia yang beraksi untuk Napoli menyamakan kedudukan untuk pelawat dengan dengan memperdayakan tiga pemain Sspanyol.

Kedudukan terikat 1-1 dalam separuh masa pertama..

Lima minit babak kedua berlangsung, Sepanyol mendapat gol kedua meneruis Torres, yang raikan golnya itu dengan mengibarkan jersey gavi.

Kedukaan Georgia bertambah lagi dengan kesilapan yang dilakukan Lochoshvili yang memberikan gol ketiga Sepanyol pada minit ke-72.
 

Advertisement

Must Watch Video