Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: Itali mudah atasi Malta, terus beri tekanan buat England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

itali.jpg
ITALI 4 MALTA 0

Itali mudah meraih kemenangan 4-0 ke atas Malta untuk terus memberikan tekanan buat England dalam aksi Kumpulan C, pusingan kelayakan Euro 2024 di Stadio San Nicola awal pagi tadi.

Giacomo Bonaventura membuka jaringan buat Itali menerusi gol pertamanya di peringkat antarabangsa sebelum Domenico Berardi menjaringkan gol berganda dalam separuh masa berbeza, yang disusuli dengan jaringan Davide Frattesi dalam waktu kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan Azzurri kini menduduki tangga kedua Kumpulan C dengan 10 mata, hanya tiga mata di belakang pendahulu, England, selepas lima perlawanan.

Malta, dalam pada itu, terus terperosok di tangga terbawah tanpa sebarang mata selepas enam perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video