EURO 2024
Kelayakan Euro 2024: Eberechi Eze buru penampilan pertama bersama England
Eberechi Eze percaya episod hitam dilanda kecederaan serius dua tahun lalu telah membantunya untuk diiktiraf di England.
Pemain tengah Crystal Palace itu kini sedang memburu penampilan peringkat senior pertamanya bersama England kendalian Gareth Southgate menjelang dua perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara bulan ini.
Ia panggilan keduanya selepas dinamakan dalam skuad Euro 2020 pada Mei 2021 sebelum kecederaan Achilles memusnahkan impiannya pada ketika itu.
Iklan
Dia kemudian bangkit dan mengakui tempoh rehat enam bulan berikutan kecederaan itu telah memberikannya kekuatan dan keyakinan mengenai kemampuannya selaku pemain.
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) June 13, 2023Eze berkata: "Saya sedar tanpa kekecewaan dan waktu sukar itu, amat sukar untuk saya berkembang menjadi seperti apa yang saya ada ketika ini. Saya melihat kembali memori itu dengan sebaiknya kerana saya tahu ia membentuk saya seperti hari ini.
"Sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata. Saya kini melihat semua perkara dengan sedikit berbeza.
"Saya dapat melihatnya (peluang untuk dipanggil skuad kebangsaan) sebagai gambaran bahawa saya sedang berada di laluan yang betul walaupun sewaktu saya mengalami kecederaan. Inilah tahap yang sepatutnya saya dapatkan. Ia memberikan saya motivasi untuk meneruskannya."
Eze menjaringkan 10 gol buat Palace bagi musim 2022-23 -- enam daripadanya selepas Roy Hodgson kembali ke Villa Park bagi menggantikan Patrick Vieira pada Mac lalu dan memacu The Eagles menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ke-11.
England akan bertemu Malta di laman lawan awal pagi Sabtu ini sebelum bertemu Macedonia Utara di Old Trafford tiga hari kemudian.
Must-Watch Video