Kelayakan Euro 2024: Bellingham, Dunk terlepas aksi bersama England
Muzaffar Musa
Jun 12, 2023 11:52 MYT
Jun 12, 2023 11:52 MYT
Jude Bellingham dan Lewis Dunk terpaksa diketepikan daripada senarai pemain England bagi menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara minggu ini.
Bellingham diketepikan kerana masih bergelut dengan kecederaan paha yang dialaminya dalam aksi terakhir mengecewakan bersama Borussia Dortmund, di mana mereka terlepas gelaran Bundesliga gara-gara terikat 2-2 dengan Mainz di laman sendiri.
Pemain tengah berusia 19 tahun itu akan melaporkan diri di St George's Park bagi mendapatkan rawatan lanjut tetapi England mengesahkan bahawa dia tidak akan terlibat dengan kedua-dua perlawanan berkenaan.
Pertahanan Brighton, Dunk, turut digugurkan daripada skuad itu kerana masalah kecederaan.
Barisan pemain England mula berhimpun di St George's Park hari ini sebagai persediaan untuk perlawanan menentang Malta di Ta'Qali pada Jumaat ini dan melayani kunjungan Macedonia Utara di Old Trafford tiga hari kemudian.
Pemain West Ham, Declan Rice, yang menjulang trofi Liga Persidangan Europa (UECL) pada pertengahan minggu lalu, akan menyertai sesi latihan pasukan itu dalam beberapa hari ini dan dia akan disusuli oleh lima pemain Manchester City, yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.
Jack Grealish, John Stones, Phil Foden, Kyle Walker dan Kalvin Phillips akan terlebih dahulu menyertai perarakan keraian City di Manchester sebelum melaporkan diri bagi tugasan antarabangsa.
An update from the #ThreeLions camp, as Lewis Dunk withdraws from the squad due to injury. pic.twitter.com/6CYbeB9ZKq
— England (@England) June 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.