EURO 2024

Gareth Southgate dilema antara Harry Kane atau Ivan Toney sebagai penyerang utama England

Najmi Iman 06/06/2024 | 00:58 MYT
Pasukan pilihan juara Euro 2024, England, akan menjadikan Iceland sebagai medan terbaik untuk penyerang berbisa, Harry Kane, mempamerkan kualiti permainan yang sebenar.
Situasi tersebut akan memperlihatkan pertarungan posisi tunggal antara bekas pemain Tottenham Hotspur itu dan penyerang Brentford, Ivan Toney, untuk merebut slot senarai pemain yang akan ke Euro 2024.
Pemain Bayern Munich itu perlu membuktikan ketajamannya semula selepas mengalami kecederaan sehingga terpaksa melupakan dua perlawanan terakhir di Bundesliga, sebelum ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala, Ivan Toney pula harus menggunakan peluang tersebut untuk mendapat tempat sebagai senjata utama skuad The Three Lions susulan senarai akhir 26 pemain akan dikeluarkan pada Sabtu ini.
“Saya akan menurukan Toney pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang terakhir berdepan Iceland namun, saya juga perlu memastikan Harry Kane mampu melakar kebangkitan untuk kekal dalam skuad,” kata ketua jurulatih England, Gareth Southgate.
#bola sepak #England #Harry Kane #Euro 2024 #Ivan Toney
;