ATP
Final Jelajah ATP: Fritz ke separuh akhir tewaskan Auger Aliassime
Selepas layak ke Kejohanan Final Jelajah ATP buat kali pertama musim ini, Taylor Fritz kini menempa tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Felix Auger-Aliassime 7-6, 6-7, 6-2 dalam aksi Kumpulan Hijau awal pagi tadi.
Tiada sebarang peluang mata break dalam set pertama berdasarkan kemahiran servis kedua-dua pemain, di mana Fritz menyempurnakan 90 peratus mata daripada servis pertamanya (19-21).
Bagaimanapun, selepas ke penentuan tie-break set pertama, Fritz mempamerkan ketenangan untuk memenangi set berkenaan.
Iklan
Skrip hampir sama berulang dalam set kedua tetapi kali ini Auger-Aliassime mengambil gilirannya untuk memanfaatkan 90 peratus daripada servis pertamanya untuk menyumbang mata (19-21) sambil Fritz pula menyelamatkan tiga mata break untuk ke penentuan tie-break.
Pada ketika ketepatan servis Auger-Aliassime mula menurun dalam set penentuan, di mana dia hanya menyempurnakan 52 peratus daripada servisnya untuk mendapatkan mata (14-27), Fritz pula kekal konsisten mencatatkan 89 peratus (16/18) untuk mendapatkan double-break dan memenangi penentuan itu.
Dengan menamatkan saingan Kumpulan Hijau di tempat kedua, Fritz berkemungkinan besar akan berdepan Novak Djokovic selaku juara Kumpulan Merah dalam penentuan ke final.
SF ?@Taylor_Fritz97 defeats Felix Auger-Aliassime 7-6 6-7 6-2 to advance to the semi-finals of the #NittoATPFinals pic.twitter.com/YCVPHXPkaD— ATP Tour (@atptour) November 17, 2022
Must-Watch Video