Skip to main content

Bola Sepak

Final EURO 2024: Luis de la Fuente jurulatih pertama menang empat kejuaraan Eropah bersama Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

spain.jpg
Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, mendominasi struktur bola sepak gergasi Eropah itu apabila berjaya menggenggam trofi kejuaaran sebanyak empat kali sepanjang bergelar sebagai pengurus Sepanyol.

Ketika mengendalikan skuad muda La Roja, pengurus berusia 63 tahun itu telah menggondol dua piala berprestij Eropah bersama pasukan bawah 21 dan 19 tahun.

 
Musim lalu, bekas pemain Athletic Bilbao itu berjaya menghadiahkan peminat tempatan kemenangan buat kali pertama dalam saingan Liga Negara-negara Eropah selepas menundukkan finalis Piala Dunia 2018, Perancis menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Juara Piala Dunia 2010 itu menambah koleksi kegemilangan apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah meraih kejuaraan Euro sebanyak empat kali selain mengekalkan rekod bersih tanpa kalah sepanjang pertandingan berkenaan berlangsung.
 

Advertisement

Must Watch Video