Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Kyle Walker nafi Southgate arah England main negatif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

walker.png
Kyle Walker mempertahankan taktikal yang diterapkan Gareth Southgate selepas England dan Denmark sama handal terikat 1-1, awal pagi tadi. 

The Three Lions mendahului menerusi Harry Kane pada minit ke-18 selepas permulaan goyah di Frankfurt tetapi seperti ketika berdepan Serbia, mereka gagal melebarkan kedudukan. 

Southgate dikritik kerana gemar mengamalkan konsep bertahan selepas gol pembukaan walaupun memiliki ramai pemain bakat.

Begitupun, tidak seperti perlawanan pembukaan Kumpulan C, kali ini anak buahnya dihukum apabila Morten Hjulmand menjaringkan gol dari jarak jauh yang melepasi jangkauan Jordan Pickford.

"Pengurus telah menyatakan bahawa dia mahu memberikan kami kebebasan bermain, iaitu bola sepak menyerang," kata Walker kepada BBC Sport apabila ditanya sama ada arahan Southgate untuk lebih bertahan selepas mendahului.

 

“Kadangkala, dalam kejohanan besar, anda perlu menguruskan permainan dan itulah sebabnya mengapa betapa sukarnya untuk memenangi kejuaraan, sama seperti Liga Juara-Juara.

"Adalah sukar untuk beraksi di gelanggang ini selain bahang persekitarannya, namun kami tahu bahawa kami mampu melakukan yang lebih baik lagi. Apa pun, kami sedang memimpin kumpulan ini, jadi ayuh kita beralih ke arah ini."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video