Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Virgil van Dijk puji ketenangan kebangkitan Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

van-dijk.jpg
Virgil van Dijk tidak pernah meragui Belanda mampu melepasi rintangan suku akhir EURO 2024 dan mengulangi prestasi seperti mengatasi Turkiye, awal pagi tadi. 

Skuad Oranje itu ketinggalan selepas dihukum oleh tandukan Samet Akaydin pada minit ke-35 untuk Turkiye menjaringkan gol keempat EURO 2024 menerusi tonggak pertahanan yang merupakan rekod tertinggi temasya.



Namun, Stefan de Vrij menyamakan kedudukan dengan tandukan kencang pada minit ke-70 untuk gol antarabangsa pertamanya sejak Mac 2015 sebelum jaringan sendiri Mert Muldur, enam minit berselang. 

Ia secara tidak langsung mengesahkan pertembungan mereka dengan England di peringkat separuh akhir, awal pagi Khamis depan, sambil Belanda mara ke peringkat itu buat pertama kalinya sejak 2004.

Lantas, ketua pasukan Belanda menjangkakan pasukannya mampu menangani seteru mereka yang seterusnya itu. 

"Kami menyedari Turkiye berani mengambil risiko tinggi tetapi kini kami yang berada dalam separuh akhir," kata pertahanan itu kepada pemberita.


 

"Ini sangat penting dan sangat indah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran penonton yang ramai. Kami sedar peminat akan datang memberikan sokongan dan saya bangga dengan mereka ini.

“Kami agak goyah di penghujung permainan tetapi kami tidak pula memberikan sebarang ruang. Dalam separuh masa kedua, kami perlu bertenang dan memanfaatkan peluang kami.

"Sudah tentu, kami fikir ia akan baik-baik saja. Ia akan menjadi sangat buruk jika kami tidak fikir sebegitu! Kami selangkah lebih dekat. Kami perlu mula melakukan persiapan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video