Pertahannan, Virgil van Dijk, akan mempertimbangkan masa depannya di peringkat kelab mahupun antarabangsa selepas Belanda dikecewakan England dalam EURO 2024.
Ollie Watkins yang dimasukkan di penghujung permainan meledak gol kemenangan ketika Three Lions bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan anak buah Ronald Koeman itu dengan kemenangan 2-1 di Dortmund, awal pagi tadi.
Belanda tujuh kali terkandas dalam separuh akhir Piala Dunia atau Kejohanan Eropah.
Selepas kekalahan itu, ketua pasukan skuad Oranje berusia 33 tahun itu belum pasti untuk terus mewakili negaranya.
Bek tengah itu yang juga telah dikaitkan akan meninggalkan Liverpool tatkala memasuki tahun terakhir kontraknya musim ini, belum memberi jaminan kepada masa depannya.
"Saya sama sekali tidak memikirkannya ketika ini," katanya.
“Saya akan menelitinya pada musim panas ini, baik di peringkat kelab dan sebagai pemain antarabangsa.
"Kemudian kami akan kembali berjuang tetapi apa yang paling utama ilah kami perlu bangkit pulih daripada kekecewaan ketika ini.
"Selepas musim mengecewakan, di mana segalanya telah berlalu, ia tetap emosional memandangkan saya tahu bahawa ia sudah berakhir."

— OnsOranje (@OnsOranje) July 10, 2024