Ukraine mempamerkan aksi penuh bermaruah dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Euro 2024 selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu Belgium sebentar tadi.
Stuttgart Arena menjadi medan wajib menang buat Ukraine jika mahu menyaksikan mereka ke peringkat kalah mati, susulan merekodkan satu kemenangan dan satu tewas.
Ukraine berpeluang untuk membuka jaringan pada penghujung separuh masa pertama namun Roman Yaremchuk gagal melengkapkan peluang terhidang.
Romelu Lukaku terus dirundung kekecewaan apabila dia gagal menampan kemas hantaran Kevin de Bruyne sebelum menuju ke bilik persalinan.
Di sebalik benteng ampuh yang dimiliki Belgium, Ukraine terus melancarkan serangan bertali arus dalam usaha untuk mendapatkan jaringan, sehingga perlawanan melewati ke masa kecederaan namun perlawanan kekal dengan keputusan 0-0.
Empat minit masa kecederaan yang diberikan gagal dimanfaatkan apabila Ukraine terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Euro edisi 2024 apabila perlawanan berakhir tanpa sebarang jaringan.