Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Toni Kroos leraikan kegelisahan Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kroos.jpg
Toni Kroos menenangkan kegelisahan pemain-pemain Jerman menjelang perlawanan pembukaan EURO 2024 apabila membelasah Scotland semalam menerusi ucapannya yang secara tidak langsung menyemarakkan semangat pasukan itu, dedah Julian Nagelsmann.

Jerman mencatatkan kemenangan terbesar dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah di Allianz Arena itu dengan menghukum 10 pemain Scotland menerusi sentuhan berbisa Florian Wirtz, Jamal Musiala, Kai Havertz, Niclas Fullkrug dan Emre Can.

Kroos keluar daripada persaraan antarabangsa untuk mewakili Jerman di laman sendiri dan dia menghasilkan persembahan yang cukup berpengaruh di bahagian tengah.

Pemain berusia 34 tahun itu menyempurnakan 99 peratus hantaran ketika menghadapi Scotland (101/102), kadar tertinggi sejak 1980 yang dihasilkan daripada mana-mana pemain untuk melakukan 100 atau lebih hantaran dalam sesebuah perlawanan EURO. 

Joshua Kimmich menyamai empat peluang yang diciptanya, manakala 36 hantarannya memasuki kawasan pertiga akhir pihak lawan. 

Sebelum mendominasi bahagian tengah, Kroos meniupkan ketenangan ke dalam bilik persalinan Jerman, dedah ketua jurulatih itu. 

"Dia sangat penting, sama seperti orang lain," kata Nagelsmann dalam sidang akhbarnya apabila ditanya mengenai Kroos. 




“Dia sangat berpengalaman dan tenang.

"Pasukan ini lantang dan dia memberi beberapa ucapan yang memberi kami ketenangan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan ini tetapi pengalamannya itulah yang membezakannya dengan orang lain. 

“Berdasarkan rekodnya, ada yang akan menghadapi masalah untuk menelannya tetapi dia tidak sombong, dia sangat penting untuk pasukan dan tunjang ketenangan kami.

"Tetapi di sebalik semua kejayaan dan statusnya, kami melihatnya sebagai sebahagian daripada kumpulan."

Jerman akan berdepan Hungary dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stuttgart, tengah malam Khamis ini sebelum bertemu Switzerland di Frankfurt, Isnin depan. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video