Belgium merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Romania sekaligus kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Euro 2024 sebentar tadi.
Belgium melakukan rombakan susulan tewas mengejut 1-0 ke atas Slovakia dalam aksi pembukaan saingan Euro.
Bertemu Romania, yang meraih kemenangan 3-0 ke atas Slovakia, Belgium meletakkan sasran untuk kembali menemui rentak kemenangan.
Belgium meraih permulaan yang diimpikan setiap pasukan apabila berjaya mendahului perlawanan seawal minit kedua perlawanan hasil jaringan Youri Tielemans.
71 peratus penguasaan bola cukup untuk menceritakan separuh masa pertama, dengan 10 percubaan ke arah gawang lawan namun mereka gagal menambah sebarang jaringan sehingga menuju ke bilik persalinan.
Skrip sama dalam separuh masa kedua dipamerkan Belgium, corak permainan berintensiti tinggi ditampilkan namun Romania terbukti memiliki semangat luar biasa dalam penampilan mereka kali ini di pentas Kejohanan Eropah.
Deretan peluang demi peluang dihaslkan dalam usaha mendapatkan jaringan tambahan seakan sukar diperoleh Belgium.
Romelu Lukaku sekali lagi berdepan kekecewaan apabila jaringannya dibatalkan VAR kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Dan jaringan tambahan yang dinanti-nantikan akhirnya kunjung tiba menerusi Kevin de Bruyne -- hantaran jauh yang dilepaskan penjaga gol, Koen Casteels, gagal ditahan pertahanan Romania sebelum pemain tengah Manchester City itu mudah menewaskan penjaga gol dalam situasi satu lawan satu.
Kemenangan 2-0 ke atas Romania memastikan Belgium ke puncak saingan peringkat kumpulan dengan perlawanan terakhir bertemu Ukraine.
Ammar Hakim
Sat Jun 22 2024