EURO 2024: Tiada langsung keraian 'Siuuu' daripada Ronaldo

Najmi Iman
Julai 5, 2024 06:07 MYT
Portugal mengakhiri kempen Euro 2024 dalam saingan suku akhir selepas ditewaskan oleh juara Piala Dunia 2018, Perancis, dalam penentuan sepakan penalti yang berlangsung di Stadium Volkspark, sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, juga tidak berjaya menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit sepanjang lima perlawanan Portugal bermain dalam kejohanan paling berprestij Eropah itu.

And so, Cristiano Ronaldo ends his Euro campaign with 0 goals in normal time. End of an era? ?? pic.twitter.com/9aBkvhdDPG

— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) July 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, desas-desus mengatakan bahawa ini adalah penampilan terakhirnya mewakili skuad kebangsaan tersebut dalam Euro berkemungkinan menjadi kenyataan susulan gagal membawa skuad kendalian Roberto Martinez itu ke pentas akhir kejohanan.
Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu hanya mencipta dua jaringan sahaja dalam dua penentuan sepakan penalti ketika bertemu Slovania dan Perancis.
#Cristiano Ronaldo #Euro 2024