EURO 2024: Terima kasih -- Cristiano Ronaldo
Zaki Zainal
Julai 8, 2024 17:55 MYT
Julai 8, 2024 17:55 MYT
Ini adalah sejarah paling pahit buat idola kegemaran ramai ini siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo.
Untuk pertama kali di sepanjang penyertaanya sepanjang kejohanan Euro, Ronaldo tidak mencetak sebiji gol pun. Apa lagi peristiwa tidak bagus yang dilalui oleh Ronaldo?
1. Tidak berjaya cetak sebarang gol padang
Ya, Ronaldo tidak mampu mencetak satu gol dari lima perlawanan yang disertai olehnya. Kapten Portugal ini bahkan tidak berupaya membolosi gawang lawan dari peluang terhidang ketika bertemu dengan Slovenia di pusingan 16. Ketika itu tendangannya berjaya ditepis Jan Oblak.
2. Sepakan bebas tampak sia-sia
Ronaldo juga tidak berjaya mengambil kesempatan mencetak gol dari tendangan bebas. Dia sudah mengambil 7 tendangan bebas di Euro 2024 tapi tidak ada yang berhasil dengan gol.
3. Selalu offside
Persembahan tidak diingini ini juga dilalui oleh Ronaldo apabila banyak terperangkap dengan situasi offside. Secara total sudah 8 kali CR7 terperangkap offside dan menjadi pemain terbanyak yang melakukan situasi offside itu di Euro dalam catatan WhoScored.
Ronaldo mengakui Portugal tidak sepatutnya tersingkir awal dari Piala EURO 2024. CR7 juga berterima kasih kepada para peminat yang selalu menyokong pasukkannya.
"Kami mahu lebih. Kami berhak mendapat lebih. Untuk kami. Untuk setiap kamu. Untuk Portugal, tulis Ronaldo di aplikasi X miliknya. "Kami berterima atas segala yang telah anda berikan kepada kami dan atas segala yang telah kami capai setakat ini.
Queríamos mais. Merecíamos mais. Por nós. Por cada um de vocês. Por Portugal. Somos gratos por tudo o que vocês nos deram e por tudo que conquistámos até aqui. Dentro e fora de campo, tenho certeza de que este legado será honrado e continuará a ser construído. Juntos. pic.twitter.com/C34YgfKLmg
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di dalam dan di luar padang, saya yakin bahawa legasi ini akan dihormati dan akan terus dibina bersama-sama, tambahnya lagi.