Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Tanpa ragu lagi, ini adalah EURO terakhir saya -- Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-siu_1.jpg
Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, mengistiharkan bahawa saingan EURO 2024 sebagai kjohanan Eropah terakhirnya selepas Portugal mengatasi Slovenia untuk mara ke suku akhir.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu dilihat menangis selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Dia yakin tidak akan bermain dalam saingan EURO 2028 apabila memaklumkan kepada RTP: "Tanpa ragu lagi ia adalah EURO terakhir (bagi saya) sudah semestinya.


 

"Saya terharu dengan segala-galanya yang melibatkan bola sepak, dengan semangat yang saya ada untuk bermain, semangat yang saya lihat pada peminat, saya mempunyai keluarga di sini, minat orang ramai.

"Ia bukan tentang meninggalkan dunia bola sepak. Apa lagi yang perlu saya lakukan atau meraih kemenangan?" katanya.

 
 

Advertisement

Must Watch Video