Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Switzerland huni tangga kedua kumpulan A, Hungary gagal cari peluang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

swiss.jpg
HUNGARY 1 SWITZERLAND 3

Perlawanan kedua kumpulan A menyaksikan pasukan Switzerland meraih kemenangan tipis berdepan Hungary di Stadium Cologne, sebentar tadi.


Seawal minit ke-12, penyerang utama, Kwadwo Duah, memberikan gol pembukaan buat Switzerland untuk melancarkan asakan tanpa henti terhadap Hungary.

Pemain Liverpool, Dominik Szoboslai, mengetuai barisan pemain Hungary dilihat kerap melakukan gerakan berbahaya namun berjaya diatasi oleh pertahanan kental, Manuel Akanji. 

Pemain berusia 27 tahun, Michel Aebischer, menggandakan jaringan buat Switzerland sebelum tamat separuh masa pertama sekali gus membawa tonik terbaik menjelang babak kedua permainan.

Pemain sensasi, Breel Embolo, melengkapkan kemenangan buat skuad kendalian Murat Yakin selepas muncul sebagai penjaring terakhir buat Switzerland untuk memberi saingan kepada pendahulu kumpulan, Jerman.
 
Hungary sekadar memperoleh gol sagu hati menerusi Barnabas Varga yang menyempurnakan peluang terhidang namun, gagal menjelmakan kebangkitan sepanjang permainan berlangsung.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol berkaliber, Yann Sommer, susulan melakukan banyak penyelamatan penting untuk membantu pasukannya meraih kemenangan. 

Advertisement

Must Watch Video