Luis de la Fuente berkata Sepanyol tidak akan tersilap langkah dengan memandang rendah pakej kejutan EURO 2024, Georgia, dalam pusingan 16.
Sepanyol berjaya melepasi kumpulan maut dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan ke atas Croatia, Itali dan Albania tanpa melepaskan satu gol pun.
Sementara itu, Georgia maju sebagai salah sebuah pasukan di tempat ketiga terbaik selepas mengejutkan juara EURO 2016, Portugal, 2-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan.
La Roja pernah berhitung dengan Georgia dalam kelayakan EURO 2024 dan mencetak kemenangan 7-1 di tempat lawan.
Bagaimanapun, De la Fuente pantas memuji peningkatan pencabar itu di peringkat kalah mati sambil menyatakan bahawa Sepanyol perlu menjangkakan cabaran yang lebih sengit dalam pertemuan awal pagi esok.
“Ia adalah perlawanan yang sangat penting bagi kami. Kami pernah menghadapi tekanan tinggi ketika tiba di Georgia tetapi kami kembali daripada perlawanan itu sebagai sebuah keluarga, jauh lebih kuat daripada sebelumnya,” kata ketua jurulatih itu.
"Perlawanan seterusnya sentiasa menjadi paling penting dan kini satu lagi cabaran dalam EURO perlu kami hadapi. Kami sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan yang sangat sukar dan kami akan turun dengan senjata terbaik demi menghasilkan kemenangan.
“Kita pernah melihat kejutan dalam kancah bola sepak dan saya tidak fikir ia akan berhenti daripada berlaku.
“Georgia telah menewaskan Portugal, kami perlu menghormati mereka sebagai lawan. Kami harus bekerja keras dan tidak memandang rendah akan perlawanan ini supaya ia tidak berlaku ke atas kami pula.
"Mereka pantas dalam serangan balas dan sangat bagus dalam bola pegun. Kami perlu berwaspada dan sedar supaya kami tidak terdedah kepada serangan balas pantas mereka."

? ¡¡Listos para despegar!!#VamosEspaña | #EURO2024 pic.twitter.com/rIfimGjutS
— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) June 29, 2024