Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Sepanyol tidak mahu terbuai dengan kejayaan suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sepanyol-merino.jpg
Unai Simon mengakui Sepanyol perlu segera memusatkan kembali fokus mereka selepas kejayaan dramatik mengatasi Jerman dalam suku akhir EURO 2024 yang umpama pertemuan final.

 

La Roja masih mempunyai dua langkah lagi untuk bergelar juara tetapi mereka telah melepasi halangan terbesar dengan menewaskan tuan rumah 2-1 pada lewat masa tambahan, awal pagi tadi. 

Pemain gantian, Mikel Merino, menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-119 selepas Sepanyol terlebih dahulu dihampakan oleh gol penyamaan Florian Wirtz -- seminit menuju masa kecederaan babak kedua. 

Bagaimanapun, penjaga gol itu tidak begitu berselera untuk memperkatakan pencapaian pasukannya sambil menegaskan perhatian mereka harus segera beralih kepada pertemuan separuh akhir Rabu ini.




“Apa yang kami sudah capai merupakan satu detik sejarah, memenangi perlawanan ini ibarat dalam final EURO,” katanya.

"Kami sudah pun meraikannya tetapi kami perlu pulihkan tumpuan memandangkan empat hari lagi kami akan menghadapi peringkat separuh akhir."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video