Roberto Martinez kekal yakin menjelang peringkat kalah mati biarpun mengakui perlu berwaspada terhadap Slovenia menjelang pertemuan pusingan 16 EURO 2024, awal pagi esok.
Skuad Selecao mengesahkan tempat teratas Kumpulan F dengan baki perlawanan selepas menang ke atas Czechia dan Turkiye.
Bagaimanapun, mereka tumbang mengejut 0-2 kepada Georgia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Martinez berikrar bahawa anak buahnya akan bangkit daripada kehampaan itu sambil perlu memusatkan tumpuan mereka untuk menempuhi ujian yang lebih ujian selepas ini.
“Saya boleh katakan selepas tiga perlawanan, pasukan ini sudah bersedia,” kata ketua jurulatih itu.
“Satu kejohanan baru bermula sekarang, sama ada kekal atau tersingkir.
“Bukan mudah untuk bermain dalam EURO tetapi sebagai sebuah pasukan, kami sudah bersedia untuk menghadapi fasa kalah mati ini.
“Portugal masih segar, kami sudah bersedia dan saya ingin menjawab segala persoalan ini selepas perlawanan akhir.
"Banyak pasukan dalam kejohanan ini mempunyai personaliti dan percaya mereka boleh menang. Setiap perlawanan bergantung kepada butiran kecil. Slovenia merupakan sebuah pasukan yang teratur dan kompetitif, kami perlu berada di tahap terbaik.

???? ? ???% ??? #PartilhaAPaixão | #EURO2024 pic.twitter.com/lXiIkmyJNl
— Portugal (@selecaoportugal) June 30, 2024