Penyertaan Kieran Tierney dalam EURO 2024 secara rasmi berakhir selepas dia terpaksa meninggalkan kem Scotland gara-gara kecederaan hamstring yang dialaminya ketika terikat dengan Switzerland, malam tadi.
Bek sayap Arsenal itu -– yang menghabiskan musim 2023-24 secara pinjaman di Real Sociedad -– diusung keluar pada lewat permainan ketika keputusan seri 1-1 di Cologne.
Ketua jurulatih, Steve Clarke, serta-merta mengetepikan Tierney daripada perlawanan ketiga Kumpulan A membabitkan Hungary awal pagi Isnin ini, malah dia tidak akan bersedia untuk perlawanan akan datang seandainya mereka mara ke pusingan kalah mati.
Menurutnya di Instagram, Tierney berkata: "Patah hati tidak menghalang saya. Saya sayangkan pasukan ini dan rakan sepasukan ini. Perkara ini juga akan berlalu."
Sementara itu, pembantu jurulatih, John Carver, menambah: "Dia akan pulang untuk dinilai oleh Arsenal dan itu sahaja yang boleh saya katakan pada masa ini.
"Mereka akan menawarkan maklumat terkini tetapi Tierney jelas sangat kecewa. Jika kami mara jauh, saya pasti dia akan terus menyokong kami."