Ketua jurulatih Romania, Edward Iordanescu, percaya generasi pemain negara itu ketika ini memiliki potensi yang tidak terbatas berikutan kejayaan membelasah Ukraine 3-0 ketika membuka kempen EURO 2024, awal pagi tadi.
Iordanescu, 46, memimpin anak buahnya meraih kemenangan terbesar mereka dalam kejohanan antarabangsa bagi melanjutkan kempen kelayakan mereka yang mengagumkan.
"Saya ingin berterima kasih kepada setiap warga Romania di mana-mana di dunia. Saya tahu bahawa mereka bersama kami hari ini. Ia adalah satu usaha yang hebat oleh pasukan saya. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, saya fikir kini anda boleh menaruh kepercayaan kepada saya bahawa kami adalah sebuah pasukan yang hebat. Tahniah kepada barisan pemain.
"Sejak saya menyertai pasukan kebangsaan, saya mengalami detik-detik sukar. Ia tidak selalunya mudah. Kami pernah melakar kemenangan yang lebih besar. Kami mempunyai generasi emas dengan persembahan menarik, tetapi generasi pemain ini mewakili jiwa kami.
"Pasukan ini telah meletakkan usaha terbesar dalam segala hal. Pasukan ini berjiwa besar yang tiada siapa pun pernah milikinya.
"Generasi ini tiada hadnya."

?? Biggest victory at a major tournament ✔️#EURO2024 | #ROUUKR pic.twitter.com/CAtEkQHykT
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 17, 2024