Romania menghadirkan kejutan dalam saingan Euro 2024 susulan merekodkan kemenangan ke atas Ukraine dan dijangka menjadi tembok besar ketika berdepan pasukan pilihan Kumpulan F yang bergelut, Belgium awal pagi nanti.
Menandakan kehadiran mereka bukanlah sekadar pelengkap jadual dengan membelasah Ukraine 3-0 di Munich, Romania berada di ambang kalah mati dan sedang memburu satu kemenangan di Cologne menentang pasukan Belgium, yang tewas 1-0 kepada Slovakia dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu.
Tidak ramai yang menjangkakan Tricolorii akan keluar daripada peringkat kumpulan yang terdiri daripada Belgium dan Ukraine. Kedua-dua pasukan itu menurunkan bintang berstatus tinggi yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris daripada Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku kepada Oleksandr Zinchenko dan Mykhailo Mudryk.
Tetapi pasukan yang menduduki tempat ke-47 dalam ranking dunia FIFA itu memiliki kualiti tersendiri, daripada pemain tengah menyerang yang telah bermain di China kepada pemain pertahanan yang cukup lincah.
Kapten pasukan, Nicolae Stanciu, salah seorang calon untuk penjaring gol terbaik kejohanan ketika berdepan Ukraine, mengatur rentak kemenangan bergaya Romania.
Pemain tengah menyerang melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Real Madrid, Andriy Lunin untuk memulakan kempen Euro 2024 dengan penuh bergaya.
Stanciu adalah ancaman utama dalam pertiga terakhir dan merupakan ancaman yang pasti akan dibimbangkan oleh Belgium.
Pemain berusia 31 tahun itu menamatkan kempen 2023-24 dengan sumbangan 11 gol, beraksi secara kerap untuk pasukan kelabnya Damac dalam Liga Pro Saudi.
Sebelum menandatangani kontrak dengan Damac, Stanciu menikmati dua musim dalam Liga Super China untuk Wuhan Three Towns, membuat 51 penampilan dan mencatatkan jumlah 35 gol dan bantuan.
Dennis Man, pemain yang memiliki kualiti hantaran bertaraf dunia ketika bertemu Ukraine, merupakan salah seorang lagi pemain yang perlu dipantau.
Pemain sayap Parma itu, yang membantu pasukan kelabnya naik pangkat dari Serie B dengan 11 gol dan enam bantuan dalam 32 perlawanan, akan memainkan peranan besar buat Romania dalam mencari gol.
Pemain berusia 25 tahun itu juga dilaporkan telah dikaitkan dengan perpindahan ke naib juara Liga Juara-Juara, Borussia Dortmund berikutan prestasinya yang cukup menyerlah.
Anda mungkin tidak mengenali nama Andrei Ratiu menjelang kejohanan kali ini -- Bek kanan berusia 26 tahun itu telah mencatatkan kepantasan yang luar biasa, paling terkenal apabila ketika bertahan untuk pasukan kelabnya, Raya Vallecano, dalam persaingan menentang penyerang Real Madrid, Vinicius Jr.
Pemain bek kanan itu mencatatkan kelajuan 35.6km/j dalam perlumbaan dengan pemain Brazil itu musim lalu, dan kebolehannya ternyata bakal mematahkan pemain sayap pemain lawan.