EURO 2024
EURO 2024: Ralf Rangnick kagum aksi menghiburkan Austria biarpun tersingkir
Ralf Rangnick melahirkan kekecewaan terhadap aspek persembahan di bahagian benteng Austria sambil memuji permainan menghiburkan yang mereka sajikan selepas tersingkir dalam EURO 2024.
Austria mengungguli Kumpulan D dengan mendahului Perancis dan Belanda tetapi dihukum dalam sepakan penjuru ketika tersungkur 1-2 dalam pusingan 16 kepada Turkiye di Leipzig, awal pagi tadi.
Merih Demiral memanfaatkan bola mati daripada Arda Guler hanya selepas 57 saat wisel pertama ditiupkan sebelum mereka kembali bergandingan untuk menokok jaringan dalam separuh masa kedua.
Iklan
Austria terkandas di peringkat pertama kalah mati EURO buat kali kedua berturut-turut, lantas Rangnick tidak berpuas hati dengan seterunya.
"Nasib tidak menyebelahi kami," kata pengurus Austria itu kepada pemberita.
"Saya percaya jika perlawanan itu berlanjutan ke masa tambahan maka kami pasti mempunyai peluang untuk menang, Turkiye agak keletihan menjelang penghujung permainan tetapi kami mempunyai kelebihan fizikal.?? Austria 1-2 Turkey ??Turkey win a battle of three goals from corners, in part thanks to a world-class save from goalkeeper Mert Günok right at the death.Austria had enough chances to win it, but is it Turkey who go into the quarter-finals.#AUTTUR #Euro2024 pic.twitter.com/A1idbEtAGP— Opta Analyst (@OptaAnalyst) July 2, 2024
"Kami tidak menjaringkan gol yang mencukupi, tidak cukup mencipta peluang dan memenangi bola pegun. Kami tidak bertahan dengan baik. Untuk gol kedua, kami mempunyai tiga pemain yang sangat bagus menanduk tetapi Demiral masih mampu merobek gawang kami dan jika ketinggalan dengan dua gol, ia bukan sesuatu yang mudah.
"Empat perlawanan yang kami mainkan sangat menghiburkan termasuk perlawanan hari ini. Tidak semuanya tepat, kami patut membuat beberapa hantaran dengan lebih baik.
"Empat perlawanan yang menghiburkan, sangat sengit -- saya perlu berdepan perlawanan yang sukar tetapi itu tidak berlaku."
Must-Watch Video