EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir

Ammar Hakim
Julai 7, 2024 07:16 MYT
Polis di Jerman menarik nafas lega selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye dan menetapkan aksi separuh akhir menentang England di Dortmund awal pagi Khamis.
Dortmund dihuni ramai penyokong Turkiye hadir kebimbangan pertembungan England bertemu Turki akan mengakibatkan masalah orang ramai memandangkan sejarah antara kedua-dua negara itu.
Penyokong The Three Lions yang hadir ke Jerman termasuk sejumlah besar penyokong Leeds.
Pada tahun 2000, dua penyokong Leeds ditikam hingga mati di Istanbul sebelum perlawanan separuh akhir Piala UEFA menentang Galatasaray.
Samat Akaydin membuka jaringan buat Turkiye pada minit ke-35 sebelum Stefan De Vrij menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 20 minit. Malang terus menimpa Turkiye apabila jaringan sendiri Mert Muldur pada minit ke-76 menghantar Belanda ke separuh akhir bertemu England.
#Belanda #Jerman #Euro 2024 #Turkiye