Ketua jurulatih Poland, Michal Probierz, masih belum pasti sama ada Robert Lewandowski akan dapat memulakan pertembungan EURO 2024 dengan Austria, tengah malam ini.
Lewandowski terlepas kekalahan 1-2 kepada Belanda dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D berikutan kecederaan paha dalam perlawanan pemanas badan terakhir pasukannya.
Penyerang Barcelona itu sudah dijangka terlepas perlawanan itu tetapi mungkin akan diberi peranan ketika menentang Austria di Berlin selepas mengambil bahagian dalam latihan pasukan.
Probierz mengesahkan bahawa "semua pemain" tersedia, namun tidak dapat mengatakan sama ada Lewandowski akan bermula.
"Terdapat perbezaan besar jika pemain terbaik dunia anda diletakkan di bangku simpanan atau kelibatnya ada di atas padang," kata Probierz kepada pemberita.
"Kami akan buat keputusan lewat hari ini. Saya harap ia satu keputusan positif dan saya harap saya boleh memilihnya esok. Kami masih tidak pasti.
"Saya sedang menunggu keputusan daripada pasukan perubatan. Secara praktikal semua pemain turun menjalani latihan dan keputusan akan diambil selepas itu."
Lewandowski telah membuat 150 penampilan dan menjaringkan 82 gol untuk Poland, jumlah tertinggi dalam kalangan rakan sepasukannya.